Pages

Really Adorablez

Thank you for taking time to visit my humble home.
I don't have a Lamborghini and a penthouse to brag. I am just thankful what was given to me by my creator Allah.


Thursday, January 23, 2014

Kek Minyak

Nie cerita lama, Gemok mintak buatkan rainbow cake.. Ku cari jalan shortcut je, hahaha.. buat kek Minyak untuk dia makan bersama Papa dan abang2 dia..

Gambar gambar bawah nie adalah kek minyak yg ku dah pernah buat berkali kali. Mana yang sempat amik gambar .

Kek Minyak nie tak muak rasanyer pasal takde butter.

Sesuai lah untuk orang yg tak suka rasa muak dalam kek. Gebu dan sedap je kek nie. Mesti nak cuba.

Kek nie sesuai sangat untuk apa2 majlis. Baru2 ku buat kek nie, semua mat2 kat rumah nie terperanjat tgk kek berkaler kaler.  Tapi makan plak tu.

Si Gemok ku suka betul ngan kek nie. lagi2 kek tu kaler2 ..
Kek Minyak di buat oleh Papa
Kek Minyak nie Papa sayang ku yg tolong buat sama sama.. Entah apa angin dia nak tolong kaler kaler dan lapiskan dalam loyang.Walau apa pon, sexy lah kan tengok lelaki masuk dapur.. hahahaha.

 So ini lah kejadian kek Minyak yang dah siap . Cantik plak tu..


Pada suatu petang yang malas, si Gemok ku mintak buat kan dia kek. Macam biasa, permintaan dia nie ku cair abis.. Pasal malas, ku tak buat macam2 kaler. setakat 3 macam je. Dia tanya, "Why you never make rainbow cake mama?" Ku ckp everytime make rainbow cake, today I make for you Soldier cake.. Gasak jelah, janji dia makan.




Jom tengok resipi. ada time terlebih tu try lah buat ehk..

KEK MINYAK

Bahan bahan:
5 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecik baking powder
1 sudu besar ovallet
1 sudu kecik esen vanilla
Pewarna ikut suka

Cara cara:

  • Ayak tepung dan baking powder . Ketepikan
  • Pukul telur, gula dan ovallet sampai gebu. Masukkan susu pekat dan esen vanilla
  • Masukkan minyak dan pukul lagi
  • Akhir sekali, masukkan tepung dan pukul sampai sebati
  • Bahagikan ikut warna. Selang selikan adunan dalam loyang sampai abis. Bakar selama 45 mins pada suhu 160 hingga masak. Selamat mencuba.


1 comment:

  1. Asia Casino, Poker, & Slots - Shootercasino
    Experience a life of luxury at Asia Casino and over 300 online casino games. The game studio develops the 메리트 카지노 쿠폰 highest quality slots games 제왕카지노 for หารายได้เสริม you from a single

    ReplyDelete